ads ads ads ads

Minggu, 02 Januari 2011

Sumatra Itu Milik Malaysia



Berita yang mencengakan sore ini saya mengunjungi salah satu forum milik malaysia di situ salah satu postingan menjelaskan secara spesifik "kalau Riau dan juga Sumatra adalah milik malaysia dan harus kita rebut kembali oleh malaysia" berikut postingannya yang saya kutip dari forum malaysia.



Nama ‘Johor’ berasal dari perkataan Arab, jauhar yang bermaksud batu permata. Sebelum nama Johor dipakai, kawasan dari selatan sungai Muar hingga ke Singapura dikenali sebagai Ujung Tanah diambil sempena lokasinya di penghujung sememanjung Tanah Melayu. Bukan sekadar itu, Johor juga merupakan penghujung paling selatan daratan Asia. Sejarah Johor moden bermula seawal abad ke-16 setelah pembukaan sebuah negeri baru oleh Sultan Johor, anak kepada Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir kerajaan Melayu Melaka yang melarikan diri dari serangan Portugis.

Kerajaan Johor berjaya mengembangkan ekonominya dan menjadi kuasa politik terpenting sesuai dengan lokasinya di laluan perdagangan timur-barat. Di zaman kegemilangan Johor, negeri ini pernah menjadi sebuah empayar besar yang mana kekuasaannya mewarisi sebahagian jajahan takluk Melaka. Empayar Johor termasuklah sampai ke Terengganu di semenanjung, kepulauan Riau-Lingga dan sebahagian pantai timur Sumatera. Bagaimanapun, Johor gagal membebaskan Melaka biarpun telah berperang dengan Portugis selama 130 tahun sepanjang penjajah itu menguasai Selat Melaka.

_http://ilzaf.multiply.com/jou rnal/item/98/SEJARAH_JOHOR_DAN _JAJAHAN_TAKLUKNYA

----------

Berdasarkan fakta historik ini adalah jelas bahwa Riau-Lingga dan sebahagian besar Sumatera itu adalah Jajahan Johor.. iaitu Malaysia sekarang..

Jadi sumatera itu harus balik kepada asalnya iaitu termasuk dalam provinsi Johor Malaysia..tetapi penjanjian inggeris-belanda telah memecahkan kawasan jajahan Johor iaitu Riau-Lingga dan sebahagian besar Sumatera..


Tidak ada komentar:

Posting Komentar